Perintah reman itu dibenarkan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, wanita berusia 27 tahun tersebut ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kelmarin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Siasatan awal mengesyaki berlaku elemen dera di sebalik kematian bayi perempuan tersebut.
Sewaktu kejadian, mangsa dijaga suspek (ibunya) bersendirian di dalam rumah.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia akibat lemas dipercayai ditekup dengan sesuatu objek oleh ibunya yang disyaki gila meroyan. - K! ONLINE