Pengerusi Persatuan Nelayan Johor Selatan, Azli Aziz berkata, pencemaran sungai itu dipercayai berlaku sejak 2008 menyebabkan beliau dan rakan-rakan lain terpaksa menanggung kerugian setiap tahun sehingga mencecah sekitar RM600,000.

Meskipun masalah itu sering kali diajukan kepada pihak berkuasa, sehingga kini jalan penyelesaian masih belum dicapai menyebabkan sungai berkenaan terus tercemar.

"Saya berharap pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) fikirkan jalan sebaik mungkin supaya kita boleh sama-sama hidup dalam keadaan selesa.

"Kalau macam ini, tidak selesa, ia juga mengganggu aktiviti perniagaan di kampung ini yang turut dihubungkan melalui jambatan ke kampung-kampung berdekatan dan aktiviti agro pelancongan yang mahu diwujudkan penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Pengkalan Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru di sini, hari ini. - Bernama