Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Perlis, Asmaiza Ahmad tidak ketinggalan menyumbang 50 ekor ayam percuma kepada rakyat negeri itu hari ini.

"Sumbangan ini sempena penghulu segala hari (Jumaat) selain harapan saya sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat di Tapak Pasar Pagi Bukit Keteri di sini hari ini. 

Harga runcit seekor ayam daging di Perlis RM7.80 sekilogram. - K! ONLINE