Watikah pemasyhuran Sulta­nah Kedah dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sultanah Maliha kemudian melakukan istiadat menjunjung duli ke atas Sultan Sallehuddin di atas singgahsana. Serentak itu, sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan disusuli paluan nobat.

Bersempena istiadat tersebut, Sultan Sallehuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK) kepada Sultanah Maliha.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.