Turut berangkat hadir Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Selain itu, turut menghadiri rumah terbuka terbabit adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan duit raya kepada lima buah rumah anak yatim dan rumah kebajikan orang tua sekitar Selangor.

Rumah terbuka yang bertemakan 'Kesatuan Hati Kemenangan Diinsafi' itu menyasarkan kehadiran sekitar 50,000 pengunjung bermula pukul 10.30 pagi hingga 3 petang. - K! ONLINE