Empat syarikat yang membuat bayaran zakat bagi tahun kewangan 2016 dan 2017 itu ialah Kumpulan SIRIM Berhad, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands) dan Central Spectrum (M) Berhad.

Kumpulan SIRIM Berhad yang diwakili Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohd. Hani mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM2.3juta diikuti Nafas diwakili Ketua Pentadbirnya, Razana Ghazali (RM2.1 juta).

QSR Brands yang menunaikan zakatnya sebanyak RM1.8 juta diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman dan Central Spectrum diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Mahmud Abbas ( RM1.26 juta).

Majlis penyerahan zakat perniagaan tersebut turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Seri Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi LZS,  Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Timbalan Pengerusi LZS, Prof. Datuk Dr. Aizuddin Ahmad. - K! ONLINE