Enam syarikat korporat tersebut ialah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB); Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan); Kumpulan Syarikat Rafulin Holdings Sdn. Bhd., Universiti MAHSA; Sime Darby Property dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

MAHB yang diwakili Pengurus Besar Kewangan, Ahmad Rizal Omar, menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM4,414,826 diikuti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebanyak RM1,761,293.03 dan Kumpulan Syarikat Rafulin sebanyak RM1,339,820.

Tiga lagi syarikat iaitu Universiti MAHSA menyerahkan zakat berjumlah RM1.32 juta, manakala, Sime Darby Property dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) masing-masing menyerahkan berjumlah RM1juta.

Pada majlis yang sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 80 orang asnaf fakir, 281 orang miskin serta 78 orang asnaf mualaf. 

Kesemua mereka menerima sumbangan zakat sebanyak RM500 setiap seorang, melibatkan jumlah zakat sebanyak 219,500.00.

Turut hadir mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi,  Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim. - K! ONLINE