Turut berangkat mengiringi baginda, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris. 

Ketibaan baginda di masjid negeri pada pukul 8.30 pagi itu disambut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta beberapa Exco Mesyuarat Kerajaan negeri. 

Solat sunat dan khutbah Aidiladha yang berlangsung hampir satu jam itu diimamkan oleh Imam Besar masjid negeri, Abd. Farid Salleh. 

Selepas solat, baginda kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah di masjid berkenaan. - K! ONLINE