Turut hadir Menteri Besar Perak. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Kerajaan Negeri. Zainal Azman Abu Seman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada majlis itu, baginda juga berkenan menamakan semula masjid berkenaan kepada Masjid Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Masjid yang menelan kos kira-kira RM6 juta itu dibina pada 2012 dan siap sepenuhnya pada 3 Mei 2015.

Para hadirin turut diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum baginda berbuka puasa bersama penduduk.

Sejurus selepas itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM140,500 kepada empat penghulu mukim iaitu Sungkai, Chenderiang, Batang Padang dan Bidor yang mewakili 562 penduduk.

Pada majlis sama, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), Raja Datuk Abd Jalil Raja Zaid turut menyerahkan replika cek, RM25,000 sebagai zakat fisabillillah kepada pihak pengurusan masjid. - Bernama