Titah baginda, orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru dalam negara dibimbangi akan menghadapi nasib kepupusan seperti dinosaur. 

"Dinosaur mempunyai tubuh yang besar tetapi minda yang kecil, minda yang tidak berupaya melakukan pengubahsuaian selaras dengan perubahan persekitaran, memilih kekal hidup dengan habitat lama.

"Lalu populasinya mengecil dan akhirnya pupus, yang tinggal hanyalah bahan-bahan fosil dan dipamerkan di muzium dan dijadikan bahan kajian," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Malam Semarak Perjuangan Sempena Anugerah Tokoh Srikandi  2018 anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini malam ini. - Bernama