Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan terbabit.

“Saya menerima banyak aduan khususnya daripada pesakit HSA yang tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising enjin motosikal akibat perlumbaan haram yang kerap berlaku pada lewat malam.

“Berhenti daripada terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini. Fikirkan mengenai ketenteraman awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya,” titah Sultan Ibrahim dalam laman Facebooknya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.