Baginda bertitah, kewujudan hospital berkenaan membolehkan rakyat memiliki pilihan penjagaan kesihatan pakar yang lebih cekap dengan kos berpatutan.

"Berdasarkan reka bentuk bangunan yang mengikut standard piawaian antarabangsa, KTS berupaya menjadikan Terengganu sebagai hub pelancongan kesihatan di Malaysia.

"Beta juga dimaklumkan bahawa Kumpulan TDM Berhad melalui anak syarikatnya, Kumpulan Medic Iman (KMI) menawarkan penjagaan kesihatan pada kos berpatutan, jadi ia memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan KTS dan melancarkan logo baharu KMI di sini semalam. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. - K! ONLINE