Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas didakwa dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman pada awal pagi  27 November lalu.

Keberangkatan Baginda yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari disambut oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman ke bilik pesakit di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi (ICU), IJN. 

Baginda berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib sambil diberi keterangan berkenaan perkembangan kesihatannya oleh pasukan perubatan IJN. - K! ONLINE