Baginda bertitah, semua pihak perlulah melupakan perselisihan yang berlaku semasa proses pilihan raya umum lalu dan kembali bersatu di bawah bendera negeri Kedah. 

"Beta ingin melihat proses 'semak dan seimbang'ini berfungsi bagi menjaga kepentingan rakyat Berbincanglah dengan berhemah, berbudi bahasa dan jujur. Berpeganglah dengan pepatah lama, 'yang menang tidak dapat semua, yang kalah tidak hilang semua'

"Beta  beranggapan setiap wakil yang dilantik mempunyai tanggungjawab yang sama. Pihak yang berjaya menubuhkan kerajaan hendaklah melaksanakan tugas dengan amanah,  ikhlas dan jujur," titah baginda pada istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit hari ini.

Turut berangkat hadir Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin. - Bernama