Turut berangkat sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Harapan itu ditemani anak sulungnya, Nurul Izzah yang juga Naib  Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Anwar mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan dibebaskan dari penjara pada 16 Mei lepas. Beliau memberitahu pemberita selepas pembebasannya bahawa semua rekod kes sebelum itu telah dibersihkan.

Pertemuan tertutup itu telah dinyatakan menerusi laman rasmi Facebook Sultan Johor yang dimuat naik lewat malam tadi.

Terdahulu, Anwar turut menghadiri majlis mengangkat  sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara di Kuala Lumpur petang semalam.

Pada majlis itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri wanita pertama negara, telah  mengetuai barisan 13 menteri kabinet baharu  mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. - Bernama