Baginda yang tiba di PPS itu pada 12 tengah hari, meluangkan masa selama 30 minit melawat  dan bersalaman dengan mangsa banjir dari dua kampung iaitu Kampung Sungai Suloh dan Kampung Sungai Ayam.

Sultan Ibrahim turut melawat tempat penyediaan makanan di samping bertanyakan menu yang disediakan bagi mangsa banjir kepada petugas-petugas di PPS itu.

Baginda diiringi  wakil pegawai daerah, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat Mohd Nazri Rebu.

Setakat 1 tengah hari tadi, seramai 106 mangsa daripada 43 keluarga masih berada di sekolah berkenaan sejak dipindahkan pada petang Khamis. - Bernama