Baginda bertitah, semua pihak mesti bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan dan kesejahteraan negara terus dikekalkan.

“Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, sudah pasti semua rakyat akan mendapat susah dan seterusnya negara akan musnah,” titah baginda semasa berangkat merasmikan Minggu Permotoran Malaysia (MBW) 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini semalam.

Baginda dalam titahnya turut mengi­ngatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa bersatu-padu dan tidak berpecah belah hanya kerana berbeza fahaman politik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.