Kompleks setinggi tiga tingkat itu dilengkapi kemudahan lengkap yang moden untuk latihan kepakaran khas seperti selaman skuba, latihan simulasi kemusnahan di dalam air dan menara pemerhati.

Infrastruktur tersebut mampu memuatkan seramai 30 penuntut pada satu-satu masa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. - K! ONLINE