Azmin memuat naik melalui Twitter gambar beliau mengadakan perbincangan dengan Sultan Brunei.

Mohamed Azin menyifatkan pertemuan dengan baginda sebagai produktif sambil melahirkan keyakinan bahawa hubungan erat antara Brunei dan Malaysia kekal utuh.

"Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan menerima patik menghadap sempena Hari Keputeraan Yang Ke-73. InsyaAllah, hubungan erat Brunei dan Malaysia kekal utuh dan membawa kemakmuran kepada semua rakyat," kata Azmin. 

"Ya Allah, lanjutkan usia Baginda Sultan, kekal qarar memerintah negara," kata Mohamed Azmin yang hadir di Brunei bagi mewakili kerajaan Malaysia pada upacara sambutan keputeraan Baginda. - Bernama