Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, selama tempoh berkabung, semua bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang dan tiada acara keraian atau hiburan dibenarkan untuk tempoh tiga hari pertama sehingga 12 ­tengah hari Sabtu.

Katanya, golongan kerabat diraja Pahang pula akan berkabung selama 100 hari.

“Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan selepas dikafankan di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini (semalam) dan rakyat yang ingin menziarahi dan memberi penghormatan ter­akhir boleh berbuat demi­kian sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).

“Jenazah seterusnya akan diiring ke Masjid Sultan Ahmad Shah bersebelahan Makam Diraja untuk disembahyangkan. Solat bakal diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman sebelum dimakamkan selepas Zuhur esok (hari ini),” katanya pada sidang akhbar di sini.

Ikuti cerita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.