Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, Sukma 2018 juga wajar menjadi platform dalam meneruskan tradisi melahirkan tokoh-tokoh yang akan mengharumkan nama negara di persada dunia.

"Tinggi juga harapan kita agar ada kalangan bintang-bintang muda Sukma Perak 2018 akan menyinar sehingga ke peringkat Olimpik dan kejohanan dunia suatu hari nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada perasmian Sukma ke-19 yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Stadium Perak di sini, malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. - Bernama