Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sekarang adalah masanya untuk ahli parti terus bersatu dan menolak politik kotor.

"Saya fikir sudah tiba masanya untuk PKR mula mengukuhkan parti, jadi, terserah kepada presiden parti untuk melakukan "pembersihan." Kita harus menolak politik kotor dan mencari konspiratornya.

"Inilah masa yang sesuai untuk Anwar melakukannya, hakikat bahawa kami telah membuat kenyataan itu dan beliau menerima kritikan tersebut, jadi saya berharap sesuatu yang baik akan lahir, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Zuraida dan 27 ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR termasuk Dr. Xavier Jayakumar, Tian Chua dan Ali Biju hari ini mengeluarkan kenyataan bersama meminta Anwar berhenti mengeluarkan kenyataan terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Bernama