Mangsa berketurunan India berusia 26 tahun itu ditemui pasukan polis dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian dan ditutupi dengan cadar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada suami mangsa  mengenai kejadian pergaduhan melibatkan pasangan terbabit yang berlaku pada pukul 5 pagi semalam.

"Pengadu iaitu suspek mengatakan yang dia telah berselisih faham dengan isterinya lalu menolak wanita itu hingga jatuh ke lantai rumah.

"Hasil siasatan polis di lokasi kejadian telah menemui mayat wanita dengan kesan kecederaan luka pada tangan, leher dan bahu mangsa selain menjumpai sebilah pisau dengan kesan darah," katanya kepada ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Noorzainy memberitahu, tindakan pantas polis berjaya menahan suami mangsa kurang tempoh beberapa jam kejadian berlaku dan suspek mengaku menetak mangsa menggunakan pisau. - K! ONLINE