Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, P. Komathi, 42, yang parah pada kepala, kaki dan pergelangan tangan kemudian dilarikan suspek menggunakan sebuah kereta jenis Proton Satria.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, laporan awal yang dibuat anak perempuan mangsa berusia 13 tahun mendapati dua suspek termasuk ayahnya, N. Somoo, 37, telah pergi ke tempat kerja ibunya dengan menaiki Proton Satria berwarna biru.

Katanya, seorang lagi suspek lelaki yang terlibat dalam kejadian itu dikenali sebagai Mogan.

“Suami mangsa telah bertindak mengheret isterinya sebelum memaksa wanita itu memasuki kenderaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.