Tertuduh, Mohd. Jaafar Abdul Halim, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Norina Maludin.

Tertuduh yang mempu­nyai dua isteri didakwa me­lakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 54 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Bertam, Bertam Ulu di sini pada pukul 4 petang, 11 Julai 2017.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.