Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, mayat lelaki berusia 28 tahun tersebut ditemui oleh saudaranya dalam keadaan tergantung dengan tali nilon masih terikat pada lehernya.

Difahamkan, mangsa yang mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun berselisih faham dengan isterinya yang berusia 20-an.

Wanita berkenaan dikatakan meminta cerai daripada mangsa berhubung masalah keluarga yang dialami mereka sebelum lelaki itu bertindak nekad menggantung diri dengan tali nilon yang diikat pada sebatang kayu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.