Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Pasir Mas turut merampas wang tunai berjumlah RM151,000.

Turut dirampas sepucuk pistol, 47 butir peluru dan Syabu seberat 0.5 gram serta 16 biji pil Erimin 5.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, kesemua suspek berusia 39, 37 dan 18 tahun itu direman enam hari bermula semalam.

Menurutnya, saringan air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis Methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkait bahan terlarang itu.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas isteri dan anaknya mendapati mereka negetif dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Abdullah memberitahu, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku sudah terlibat dengan pengedaran dadah jenis ganja sejak tiga tahun lalu.

Katanya, bagaimanapun, suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan haram itu awal tahun ini.

“Suspek juga mengaku mendapatkan dadah dari Thailand yang kemudian dipasarkan untuk kawasan Kuala Lumpur.

“Dia turut mengaku dadah tersebut dihantar ke ibu kota sekitar satu hingga dua kali seminggu,” ujarnya.

Abdullah berkata, polis tidak menolak kemungkinan keluarga ini bekerjasama dengan sindiket pengedaran dadah yang lain.

Katanya, bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui siapa dalang disebalik kegiatan haram itu. - K! ONLINE