Mengikut pertuduhan, Mohd. Pirus Yusof Khan, 47,dituduh melakukan pecah amanah ke atas wang milik bekas guru, Ramli Hamid, 62, berjumlah RM40,380 yang dibayar kepada tertuduh bagi tujuan mengerjakan umrah.

Dia dituduh melakukan penyelewengan tersebut antara tempoh September hingga November lalu di premis KRS Travel Sdn. Bhd. yang beralamat di A-05 Tingkat 1 Jalan Bukit Sekilau di sini.

Sementara itu, isteri tertuduh, Nur Sureena Intachat Abdullah, 43, pula dituduh bersubahat bersama Mohd. Pirus di premis dan masa sama bagi melakukan penyelewengan ke atas wang milik Ramli.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara minimum dua tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.