Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berusia 47 dan 43 tahun itu ditahan pada 28 Nov lalu, selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, dekat sini.

Katanya, perbuatan kedua-dua supek terbongkar selepas salah salah seorang mangsa dihubungi oleh agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah kerana didakwa belum menjelaskan bayaran untuk mengerjakan umrah. 

"Mangsa sebenarnya berurusan dengan suspek lelaki yang merupakan pengurus agensi pelacongan itu bagi cawangan di daerah ini. 

Suspek dipercayai meminta mangsa menjelaskan bayaran ke dalam akaun syarikat yang mempunyai nama seakan-akan nama agensi pelancongan itu, yang mana isterinya merupakan pengarah syarikat itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah tempoh reman pasangan suami isteri itu tamat hari ini, dan mereka dijangka  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin depan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - Bernama