Bagaimanapun, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, me­ngaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Sebaik pertuduhan dibacakan, Armin yang tidak diwakili peguam mendakwa tindakannya itu dilakukan dengan tujuan mahu mengajar anaknya.

“Saya tidak faham prosedur mahkamah ini memandangkan ini kali pertama saya didakwa di mahkamah.

“Saya ajar dia me­ngaji (Al-Quran) dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal,” kata bekas pramugara itu.

Pengakuan Armin me­ngenai tindakannya itu bagaimanapun tidak diterima dan direkodkan oleh Raja Noor Adilla.

Mengikut pertuduhan, Armin yang kini seorang penganggur didakwa dengan se­ngaja menyebabkan kecede­raan luka dan lebam ke atas anak lelaki­nya dengan meng­gunakan sebatan rotan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam di sini pada pukul 4 pagi, 25 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.