Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya percaya kejadian berlaku disebabkan struktur bangunan yang agak lemah namun perkara itu masih di dalam siasatan pihaknya.

"Pasangan suami isteri yang maut dalam insiden itu dipercayai berada di tingkat tiga di laluan ke parkir itu namun kedua-duanya dipercayai terjatuh sebelum tertimbus apabila bangunan itu runtuh.

"Ia menyebabkan mereka dihempap struktur ringan namun tertimbus bersama galang di tapak pembinaan tersebut.

"Pasangan suami isteri warganegara Indonesia yang cedera ringan serta lelaki warga Bangladesh dipotong tangannya dikesan duduk di rumah kongsi di tingkat satu semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pasangan suami isteri yang maut itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 2.10 petang manakala tiga lagi mangsa dikeluarkan lebih awal pada pukul 7 pagi. - K! ONLINE