Mohd. Nazmi Ahmad Zubaidi, 30, yang bekerja di Perodua Jerantut disahkan meninggal dunia pada pukul 10.55 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Vachira akibat dijangkiti bakteria burkholderia pseudomallei.

Kematian Mohd. Nazmi disahkan oleh adiknya, Mohd. Nazrin, 29.

Menurut Mohd. Nazrin, abangnya yang masih bujang telah menaiki pe­nerbangan ke Phuket pada 24 Ja­nuari lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala­ Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor untuk bercuti bersama tiga rakannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.