Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, oleh itu semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan pada kadar enam peratus ketika ini akan disifarkan mulai 1 Jun depan.

“Ketetapan ini terpakai di seluruh negara hingga dimaklumkan kelak.

“Semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Mereka dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada kadar standard enam peratus kepada kadar sifar, kepada pengguna dalam bentuk harga lebih rendah.

“Peniaga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.