Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun aduan berkenaan telah ditangani dengan baik oleh pegawai kementerian berkenaan dan beliau sendiri.

"Adalah dijelaskan restoran-restoran berkenaan boleh mengenakan SST dan hasil siasatan kita berdasarkan resit, harga yang dikeluarkan adalah betul dan bukan kedai itu sengaja menaikkan harga seperti dakwaan.

"Saya telah mengarahkan Majlis Harga Barang Negara bersama lebih 1,000 pemantau harga agar memberikan tumpuan di kedai-kedai makanan untuk memastikan tidak ada pengusaha perniagaan yang membuat penipuan dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar mengenai Penguatkuasaan Pencatutan di Bawah Operasi Catut 5.0 di sini hari ini.

Sebelum itu Saifuddin bersama pegawainya membuat lawatan di sebuah syarikat penyelenggaraan kenderaan jenama Toyota di sini. - Bernama