SPSB dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah susulan daripada penelitian pernyataan pembelaan yang telah difailkan oleh Shahrir pada 6 Julai lalu yang gagal memberikan alasan mengapa kenyataan-kenyataan media telah dibuat terhadap SPSB. 

“Ekoran itu, pihak Shahrir telah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan yang dibuatnya supaya ia tidak dibatalkan,” kata kenyataan itu.

Timbalan Pendaftar, Catherine Nicholas telah menetapkan 1 Oktober ini bagi pengurusan kes permohonan-permohonan tersebut.

SPSB diwakili oleh Tetuan Reza Rahim & Rajivan manakala Tetuan Zul Rafique & Partners mewakili Shahrir. - K! ONLINE