Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan di Mahkamah Majistret di sini oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Faridatul Farrah Mohd. Shukri terhadap suspek yang berusia 49 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, anggota polis terbabit boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 atau mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Menurut sumber SPRM, lelaki terbabit ditahan di sebuah bengkel membaiki kereta di daerah Kulai kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.