Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Shukor Mahmud berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan di Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis di sini semasa sedang berurusan perihal suapan itu.

"Semasa tangkapan dilakukan, suspek meminta baki RM2,000 daripada pengadu yang merupakan pemilik bot itu.

"Sementara itu, wang RM2,000 telah diberikan sebelum ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, suapan itu bertujuan mempercepatkan proses pembaharuan lesel vesel pengadu.

Dalam perkembangan berkaitan, suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga Rabu depan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hafzan Ab. Aziz bagi membolehkan siasatan terhadap kes itu dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE