Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM negeri itu diadakan di Bilik Gerakan Kompleks SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Mohamad Fauzi yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan, Seksyen Integriti, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri menggantikan Datuk Azmi Kamarudin yang bertukar Timbalan Pengarah Perisikan SPRM di ibu pejabat.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaffar Mahad. - K! ONLINE