Sumber SPRM berkata, sebaliknya laporan itu adalah kes lama yang berlaku pada tahun 2017 dan hanya diulang siar dengan niat mahu mencemarkan imej suruhanjaya itu sebagai sebuah badan berintegriti tinggi.

"Sebetulnya kes ini adalah pada tahun 2017 iaitu kes lama bahkan pegawai terlibat sudah diambil tindakan buang kerja.

"Berita lama ini diulang dengan niat menjatuhkan reputasi SPRM dan disifatkan tidak bertanggungjawab," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, laman Facebook Vats 69 - Perjuangan Semalam memuat naik berita bahawa terdapat dua pegawai SPRM ditahan kerana disyaki positif dadah di sebuah pusat hiburan di Brickfields. - K! ONLINE