Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, mesyuarat tersebut bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.

“Saya baru sahaja menerima notis kekosongan DUN Seri Setia daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim pagi tadi (semalam).

“SPR akan mengadakan mesyuarat khas mengenai kekosongan tersebut minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Semakan Isi Peti Undi dan Penyerahan Peti Undi di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di sini semalam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan PRK DUN Seri Setia dijalankan serentak de­ngan PRK DUN Balakong, beliau berkata, ia bergantung kepada hasil mesyuarat pada minggu hadapan.

“Kemungkinan itu ada tetapi kita kena tengok dan bincang dahulu,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.