Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya tidak boleh tergopoh-gapah dalam menyiapkan laporan tersebut kerana ia melibatkan soal per­cetakan dokumen berkaitan dan pe­metaan persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara yang sangat rumit.

Bagaimanapun, beliau me­negaskan, SPR sedia mengemukakan laporan tersebut kepada Perdana Menteri jika ia dapat disiapkan ketika sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang selama 20 hari dari 5 Mac lalu sehingga 5 April depan.

“Yang saya tahu, apabila laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya ini selesai, SPR akan maklumkan kepada Perdana Menteri.

“Tidak menjadi masalah untuk saya berbuat demikian ke­rana saya yakin Perdana Menteri akan memberi keutamaan terhadap persempadanan semula kawasan pilihan raya,” katanya pada Program Pendidikan Pengundi Dalam Urusan Pilihan Raya anjuran SPR di Ibu Pejabat Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.