Laporan itu diserah­kan sendiri oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah kepada Perdana Menteri di sini semalam.

Mohd. Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah selesai menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, perkara tersebut seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 (10) Perlembagaan Persekutuan.

“SPR telah pun menyerahkan laporan akhir berkenaan kajian tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan beliau selanjutnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.