Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar itu memberitahu, amalan membaca novel selama 15 minit dilakukan ketika menunggu ayahnya mengambil setiap kali tamat sesi persekolahan. 

Katanya, amalan itu dapat meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris selain dapat berkomunikasi dalam bahasa itu dengan dengan lebih mudah. 

"Saya menganggap amalan ini juga sebagai proses mengulangkaji dari segi tatabahasa khususnya bahasa Inggeris. 

"Selain itu, pembelajaran secara berkumpulan membantu lagi pemahaman saya," katanya ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan SPM hari ini. 

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, keputusan 9A ini adalah hadiah kepada ibu bapanya yang sentiasa menyokongnya yang bercita-cita untuk menjadi pensyarah satu hari nanti. - K! ONLINE