Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, nilai tawaran berjumlah RM2.55 bilion­ untuk mengambil alih Splash tersebut dicapai berikutan run­dingan hampir setahun yang berlangsung antara pihak Air Selangor dan Splash Holdings.

“Pengambilalihan tersebut tidak membabitkan apa-apa peruntukan kewangan daripada dana kerajaan Negeri Selangor dan telah distrukturkan dengan pembayaran secara jangka panjang.

“Ini membolehkan Air Sela­ngor beroperasi dengan tahap perbelanjaan kos operasi yang munasabah, sekali gus memasti­kan kadar tarif air yang tidak membebankan rakyat,” kata beliau pada sidang akhbar di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.