Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan yang diedarkan kepada media berkata, makluman itu dibuat menerusi Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat ke-14 yang diedar kepada ahli Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, enam Jawatankuasa Pilihan Khas itu ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang; Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet: Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri; Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender; Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan; dan Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang dipengerusikan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh); Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet dipengerusikan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli); Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri dipengerusikan Datuk Mansor Othman (PH-Nibong Tebal).

Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender dipengerusikan Nor Azrina Surip (PH-Merbok); Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan dipengerusikan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam dipengerusikan William Leong Jee Keen (PH-Selayang). - Bernama