Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, siasatan itu bertujuan untuk melihat punca sebenar kejadian selain mengesan pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

"Saya telah minta SPAN untuk buat siasatan dari mana datangnya punca sebenar pencemaran ini.

" Buat masa ini kita masih menunggu laporan penuh dari pihak SPAN  dan kita kena tunggu sehingga siasatan itu selesai untuk melihat apakah tindakan yang boleh diambil, "katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Langat dan Dewan Undangan Negeri Sijangkang.

Dalam insiden Rabu lepas,  Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Sungai Semenyih diarah henti tugas susulan pencemaran bau dipercayai dari sebuah kilang memproses sawit yang telah diarah tutup untuk siasatan. - Bernama