Mayat mangsa, Goh Geok Leng, 43, ditemui sepasukan polis kira-kira pukul 9.30 malam selepas menerima laporan mengenai kehila­ngan wanita itu.

Lokasi kejadian terletak di belakang premis terbabit yang me­nempatkan tempat tinggal pekerja.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh seorang pekerja mangsa yang curiga selepas wa­nita itu menghilangkan diri.

Katanya, pengadu memberitahu mangsa kali ter­akhir dilihat di premis itu pada pukul 2 petang.

“Kasut milik mangsa turut ditemui di belakang premis menyebabkan pekerja mangsa mengesyaki majikannya telah diculik.

“Pemeriksaan di pejabat mang­sa turut mendapati barang milik wanita itu masih ada,” katanya di sini semalam.

Ujar beliau, semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa telah pergi ke belakang pejabat sebelum menghilangkan diri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.