Selain itu, polis turut menemui 100.27 gram syabu, 10.09 gram ganja serta wang tunai RM4,000 selepas memeriksa kereta jenis Proton Perdana dan Perodua Axia milik kedua-dua suspek.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kedu-dua suspek direman seminggu hingga 23 Julai depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, polis menemui dadah tersebut dalam tayar gantian yang berada di dalam bonet kereta Proton Perdana milik salah seorang suspek.

"Heroin yang dirampas dianggar bernilai RM57,301 dan syabu pula RM15,000 serta ganja bernilai RM200. Kedua-dua suspek memiliki tiga rekod jenayah dan satu rekod berkaitan dadah," katanya.

Bercakap ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini, Mohd. Yusri menambah, pihaknya turut merampas kedua-dua kereta suspek untuk disiasat. - K! ONLINE