Beliau berkata, SOP itu yang dijangka dirangka dalam masa sebulan akan memberi fokus kepada pelan tindakan mencegah kebakaran terbuka selain menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil agensi berkaitan sekiranya berlaku sesuatu kebakaran.

"Kita kena ada satu SOP sama yang boleh diguna pakai sekiranya berlakunya situasi (melibatkan aktiviti pembakaran terbuka) di seluruh negara.

"SOP ini perlu sebagai langkah mitigasi mengurangkan risiko kesan daripada aktiviti pembakaran terbuka khususnya di kawasan tanah gambut," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi town hall bersama penduduk sekitar kawasan Johan Setia mengenai isu pembakaran terbuka dan kejadian jerebu di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni. - Bernama