Antara persatuan berkenaan adalah Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Yayasan Paru-paru Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia.

Menerusi satu surat terbuka yang ditandatangani oleh 30 persatuan perubatan itu, mereka menyokong cadangan terbabit dengan tujuan untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok sekunder.

“Asap rokok mengandungi le­bih daripada 7,000 bahan kimia, sesetengahnya merupakan bahan karsinogenik atau penyebab kanser.

“Pendedahan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru dan risiko penyakit angin ahmar kepada orang yang tidak merokok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.